← Mercu tanda di Ecuador · Panduan bandar dan peta
Kepulauan Galápagos
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Kepulauan Galápagos?
Kepulauan Galápagos (nama rasmi: Archipiélago de Colón; nama lain dalam bahasa Sepanyol: Islas de Colón or Islas Galápagos) ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang tertabur di sekitar khatulistiwa di Lautan Pasifik, 972 km (525 nmi) di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini.
Di manakah Kepulauan Galápagos?
Di Ecuador, pada koordinat -0.5000, -90.5000.
Kisahnya
Kepulauan Galápagos (nama rasmi: Archipiélago de Colón; nama lain dalam bahasa Sepanyol: Islas de Colón or Islas Galápagos) ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang tertabur di sekitar khatulistiwa di Lautan Pasifik, 972 km (525 nmi) di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini. Kepulauan Galápagos dan perairan di sekitarnya membentuk sebuah wilayah Ecuador, sebuah taman negara, dan sebuah laut simpan biologi. Bahasa Sepanyol ialah bahasa utama kepulauan ini. Pulau-pulau ini diduduki oleh kira-kira 25,000 orang. Pulau-pulau ini agak muda dari segi geologi dan terkenal dengan sejumlah besar spesies hidupan endemik yang pernah dikaji oleh Charles Darwin sewaktu dalam penjelajahan di atas kapal Beagle. Pemerhatian dan koleksinya menyumbang kepada mulanya teori evolusi secara pemilihan semula jadi. Carta pengemudian kasar pertama tentang kepulauan ini dibuat oleh seorang lanun yang bernama Ambrose Cowley pada tahun 1684. Beliau menamakan satu demi satu pulau sempena beberapa rakan seerjuangannya ataupun para bangsawan British yang menyokong perjuangan beliau. Lama-kelamaan, kerajaan Ecuador memberikan nama Sepanyol kepada pulau-pulau tersebut.
Berdekatan di Ecuador
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.