← Mercu tanda di Turki · Panduan bandar dan peta
Göbekli Tepe
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Göbekli Tepe?
Göbekli Tepe (Turki: [gœbecˈli teˈpe], juga Girê Mirazan dan Xirabreşkê dalam bahasa-bahasa Kurdi) ialah suatu tempat ibadah yang terletak 15 km di timur laut kota Şanlıurfa (Urfa) di tenggara Turki.
Di manakah Göbekli Tepe?
Di Turki, pada koordinat 37.2236, 38.9217.
Kisahnya
Göbekli Tepe (Turki: [gœbecˈli teˈpe], juga Girê Mirazan dan Xirabreşkê dalam bahasa-bahasa Kurdi) ialah suatu tempat ibadah yang terletak 15 km di timur laut kota Şanlıurfa (Urfa) di tenggara Turki. Tempat ini berada dalam penelitian pakar arkeologi Jerman, Klaus Schimdt dan kemudiannya oleh pihak Turki. Kuil ini dianggap sebagai kuil tertua yang ditemui di dunia dan memiliki tiang sebanyak 200 batang yang disusun dalam 20 buah bulatan. Setiap tiang mempunyai ketinggian 6 meter dengan berat kira kira 20 tan. Tapak ini pertama kali dicatat dalam penulisan ilmiah pada 1963, dan Schmidt mula menjalankan penggalian pada 1995 hingga beliau meninggal dunia pada 2014. Selepas itu, projek arkeologinya disambung oleh pihak Universiti Istanbul, Muzium Şanlıurfa dan Institut Arkeologi Jerman di bawah seliaan pakar prasejarah tempatan Necmi Karul. Tapak ini diperakui sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2018 beserta pengiktirafan terhadap tapak sebagai "salah satu ciptaan-ciptaan terawal seni bina monumen manusia". Setakat 2021, kurang 5% tapak telah digali.
Berdekatan di Turki
Gunung Nemrut
85.7 km dari sini
Arslantepe
137.9 km dari sini
Masjid Divrighi
248.8 km dari sini
Çatalhöyük
540.1 km dari sini
Ani
543.4 km dari sini
Gordion
662.0 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.