← Mercu tanda di San Francisco · Panduan bandar dan peta
Jambatan Golden Gate
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Jambatan Golden Gate?
Jambatan Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merentangi Golden Gate, satu bukaan di Teluk San Francisco terus ke Lautan Pasifik.
Di manakah Jambatan Golden Gate?
Di San Francisco, pada koordinat 37.8197, -122.4786.
Kisahnya
Jambatan Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merentangi Golden Gate, satu bukaan di Teluk San Francisco terus ke Lautan Pasifik. Sebagai sebahagian daripada U.S. Route 101 dan State Route 1, jambatan ini menghubungkan kota San Francisco di hujung utara Semenanjung San Francisco ke Kaunti Marin. Jambatan Golden Gate jambatan gantung terpanjang di dunia semasa ia siap dibina pada tahun 1937, dan menjadi simbol kebanggaan di San Francisco dan California. Sejak siap dibina, panjang rentangnya telah dipintas oleh lapan lagi jambatan gantung. Ia masih lagi menjadi jambatan gantung kedua terpanjang di Amerika Syarikat, selepas Jambatan Verrazano-Narrows di Kota New York. Pada tahun 2007, ia berada pada kedudukan kelima di dalam Senarai senibina pilihan Amerika yang diterbitkan oleh Institut Senibina Amerika.
Berdekatan di San Francisco
Walt Disney Family Museum
2.7 km dari sini
Baker Beach
3.0 km dari sini
Legion of Honor (museum)
4.4 km dari sini
Holy Virgin Cathedral
4.4 km dari sini
Pulau Alcatraz
5.0 km dari sini
Fine Arts Museums of San Francisco
5.4 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.