Landmark Wiki

← Mercu tanda di Cairns · Panduan bandar dan peta

Terumbu Sawar Besar

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Terumbu Sawar Besar
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Terumbu Sawar Besar?

Terumbu Sawar Besar (bahasa Inggeris: Great Barrier Reef) ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km².

Di manakah Terumbu Sawar Besar?

Di Cairns, pada koordinat -16.4000, 145.8000.

Kisahnya

Terumbu Sawar Besar (bahasa Inggeris: Great Barrier Reef) ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km². Terumbu ini terletak di Laut Karang di pesisir Queensland, timur laut Australia. Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981. CNN telah melabelkannya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia. Queensland National Trust telah menamakannya sebagai ikon negeri Queensland. Sebahagian besar terumbu ini dilindungi oleh Taman Laut Terumbu Sawar Besar, yang membantu mengurangkan impak akibat kegunaan manusia seperti penangkapan ikan berlebihan dan pelancongan.

Berdekatan di Cairns

Cairns Tropical Zoo

42.4 km dari sini

Kuranda National Park

46.5 km dari sini

Daintree Rainforest

48.1 km dari sini

Rainforestation Nature Park

49.7 km dari sini

Australian Butterfly Sanctuary

50.0 km dari sini

Skyrail Rainforest Cableway

51.1 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.