Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kaherah · Panduan bandar dan peta

Sfinks Agung Giza

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Sfinks Agung Giza
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Sfinks Agung Giza?

Sfinks Agung Giza (Jawi: ‏سفينک‌س اڬوڠ ݢيزا‎‎) ialah sebuah tugu batu kapur berbentuk sfinks yang berbaring.

Di manakah Sfinks Agung Giza?

Di Kaherah, pada koordinat 29.9753, 31.1376.

Kisahnya

Sfinks Agung Giza (Jawi: ‏سفينک‌س اڬوڠ ݢيزا‎‎) ialah sebuah tugu batu kapur berbentuk sfinks yang berbaring. Sfinks sendiri merupakan makhluk mitos berkepala manusia dan bertubuh singa. Ia menghadap lurus dari barat ke timur, dan terletak di Dataran Tinggi Giza di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir. Wajah Sfinks ini dipercayai mewakili firaun Khafre. Bentuk asli Sfinks adalah hasil pemotongan dari batuan dasar, dan sejak semasa itu telah dipulihkan dengan lapisan blok batu kapur. Sfinks ini mempunyai panjang 73 meter dari kaki hadapan ke ekor, tinggi 20 meter dari pangkal tubuh ke puncak kepala, dan lebar 19 meter di bahagian paha belakangnya. Hidungnya patah atas sebab yang tidak diketahui antara abad ke-3 dan ke-10 Masihi. Sfinks merupakan patung monumental tertua yang diketahui di Mesir dan salah satu patung yang paling terkenal di dunia. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa patung ini dibuat oleh orang Mesir kuno dari Kerajaan Lama selama masa pemerintahan Khafre (sekitar 2558-2532 SM).

Berdekatan di Kaherah

Kompleks piramid Giza

470 m dari sini

Piramid Agung Giza

540 m dari sini

Piramid Khafre

660 m dari sini

Pyramid of Menkaure

940 m dari sini

Muzium Besar Mesir

2.8 km dari sini

Layer Pyramid

5.2 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.