← Mercu tanda di Kaherah · Panduan bandar dan peta
Muzium Besar Mesir
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Muzium Besar Mesir?
Muzium Besar Mesir (bahasa Inggeris: Grand Egyptian Museum, GEM; Arab Mesir: المتحف المصري الكبير, rumi: al-Matḥaf al-Miṣriyy al-Kabir; Jawi: موزيوم بسر مصر) ialah sebuah muzium arkeologi yang terletak di Giza, Mesir.
Di manakah Muzium Besar Mesir?
Di Kaherah, pada koordinat 29.9950, 31.1193.
Kisahnya
Muzium Besar Mesir (bahasa Inggeris: Grand Egyptian Museum, GEM; Arab Mesir: المتحف المصري الكبير, rumi: al-Matḥaf al-Miṣriyy al-Kabir; Jawi: موزيوم بسر مصر) ialah sebuah muzium arkeologi yang terletak di Giza, Mesir. Ia juga berfungsi sebagai muzium kebangsaan Mesir. Ia merupakan muzium terbesar di dunia bagi satu tamadun sahaja. Ia terletak kira-kira dua kilometer (1.2 batu) dari Kompleks Piramid Giza. Muzium ini diumumkan pada tahun 1992 tetapi pembinaan sebenar bermula pada tahun 2005, dan siap sepenuhnya pada tahun 2023 dengan kos sebanyak RM5.0 bilion atau AS$1.2 bilion. Pembukaan percubaan bermula pada Oktober 2024, dan pembukaan rasmi berlangsung pada 1 November 2025. Muzium ini menempatkan koleksi artifak Mesir dari pelbagai zaman tamadun Mesir, dari Zaman Pradinasti hingga Mesir Rom, dengan jumlah anggaran lebih daripada 100,000 artifak, termasuk sekurang-kurangnya 20,000 yang akan dipamerkan buat kali pertama, antaranya koleksi lengkap Raja Tutankhamun yang merangkumi 5,398 buah objek. Koleksi Tutankhamun dipamerkan di ruang seluas 7,500 m2 di dalam muzium tersebut.
Berdekatan di Kaherah
Piramid Agung Giza
2.3 km dari sini
Piramid Khafre
2.4 km dari sini
Kompleks piramid Giza
2.5 km dari sini
Pyramid of Menkaure
2.6 km dari sini
Sfinks Agung Giza
2.8 km dari sini
Abu Rawash
5.9 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.