← Mercu tanda di United Kingdom · Panduan bandar dan peta
Tembok Hadrian
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Tembok Hadrian?
Tembok Hadrian (bahasa Latin: Vallum Hadriani, bahasa Inggeris: Hadrian's Wall) merupakan suatu tembok pertahanan yang dibina merentasi pulau Great Britain pada zaman Maharaja Hadrianus (nama Inggerisnya: Hadrian) dengan tujuan untuk menyekat serangan orang-orang Celt terhadap kawasan selatan pulau yang dikuasai Empayar Rom selain sebagai penanda sempadan Empayar.
Di manakah Tembok Hadrian?
Di United Kingdom, pada koordinat 55.0167, -2.2833.
Kisahnya
Tembok Hadrian (bahasa Latin: Vallum Hadriani, bahasa Inggeris: Hadrian's Wall) merupakan suatu tembok pertahanan yang dibina merentasi pulau Great Britain pada zaman Maharaja Hadrianus (nama Inggerisnya: Hadrian) dengan tujuan untuk menyekat serangan orang-orang Celt terhadap kawasan selatan pulau yang dikuasai Empayar Rom selain sebagai penanda sempadan Empayar. Ia menjangkau dari tebing Sungai Tyne di pesisiran Laut Utara England sampailah ke muara Solway (Solway Firth) berdekatan Bowness-on-Solway di pesisiran Laut Ireland. Tembok ini sangat dikenali kerana kekuatannya yang mampu menjadikan ia paling terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan hari ini. Tambahan kepada kegunaannya sebagai kubu pertahanan, ia dipercayai bahawa pintu pagar tembok juga digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan. Sebahagian besar tembok masih wujud, terutamanya dibahagian tengah, dan kebanyakan tembok tersebut boleh disusur dengan berjalan kaki. Ia merupakan tumpuan pelancong paling popular di Utara England, di mana ia sering kali dikenali hanya sebagai Tembok Rom. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987.
Berdekatan di United Kingdom
Borders of the Roman Empire
20.4 km dari sini
Lake District
80.7 km dari sini
Jodrell Bank Observatory
198.0 km dari sini
Derwent Valley Mills
217.5 km dari sini
Pontcysyllte Aqueduct
233.5 km dari sini
Castles and Town Walls of King Edward in Gwynedd
245.9 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.