Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kaherah · Panduan bandar dan peta

Heliopolis

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Heliopolis
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Heliopolis?

Heliopolis (Jwnw, Iunu; Bahasa Mesir: 𓉺𓏌𓊖, har.

Di manakah Heliopolis?

Di Kaherah, pada koordinat 30.1293, 31.3075.

Kisahnya

Heliopolis (Jwnw, Iunu; Bahasa Mesir: 𓉺𓏌𓊖, har. 'Tiang-tiang'; Bahasa Qibti: ⲱⲛ; [Ἡλιούπολις] Error: {{Lang-xx}}: transliteration text not Latin script (pos 8: ο) (help)) dahulu merupakan sebuah bandar utama Mesir purba. Ia ibu kota Nomos Heliopolis atau Nomos ke-13 Mesir Hilir dan pusat keagamaan yang besar dahulu. Kini ia terletak di Ayn Shams, daerah timur laut Kaherah. Heliopolis adalah salah satu bandar tertua Mesir purba, diduduki sejak Mesir prasejarah. Ia berkembang pesat di bawah Kerajaan Lama dan Pertengahan tetapi hari ini kebanyakannya sudah musnah, kuil dan bangunannya yang lain telah dibongkar untuk pembinaan Kaherah pada zaman pertengahan. Kebanyakan maklumat tentang bandar purba itu datang daripada catatan yang masih wujud. Peninggalan utama Heliopolis yang masih ada ialah obelisk Kuil Ra-Atum yang didirikan oleh Senusret I dari Dinasti XII. Ia masih berdiri di kedudukan asalnya, kini dalam Al-Masalla di El Matareya, Kaherah. Obelisk granit merah setinggi 21 m (69 ka) seberat 120 tan (240,000 lbs) itu dipercayai adalah obelisk tertua yang masih wujud di dunia.

Berdekatan di Kaherah

City of the Dead

9.7 km dari sini

Egyptian Museum

11.5 km dari sini

Kaherah

11.7 km dari sini

Tahrir Square

11.7 km dari sini

Masjid Sultan Hassan

11.9 km dari sini

Cairo Citadel

12.0 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.