← Mercu tanda di Kaherah · Panduan bandar dan peta
Masjid Sultan Hassan
Bahasa lain: English · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Masjid Sultan Hassan?
Masjid-Madrasah Sultan Hassan atau Masjid Sultan Hassan ialah sebuah masjid dan madrasah besar Mamluk yang dibina berdekatan Kota Kubu Kaherah.
Di manakah Masjid Sultan Hassan?
Di Kaherah, pada koordinat 30.0319, 31.2567.
Kisahnya
Masjid-Madrasah Sultan Hassan atau Masjid Sultan Hassan ialah sebuah masjid dan madrasah besar Mamluk yang dibina berdekatan Kota Kubu Kaherah. Pembinaannya bermula pada tahun 757 H/ 1356 M dan tamat tiga tahun kemudian "tanpa kehilangan sehari pun akibat kemalasan". Pada waktu pembinaannya, masjid ini dikagumi kerana saiznya dan unsur-unsur seni bena yang inovatif. Taqi al-Din al-Maqrizi (1364 – 1442 M), seorang sejarawan Mesir, memerhatikan bahawa masjid yang dibina seorang sultan yang tidak ternama ini mengandungi beberapa "binaan yang menakjubkan". Misalnya, masjid ini direka agar dapat memuatkan keempat-empat mazhab ahli Sunah: Shafi'i, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Setiap iwan atau dewan dikhususkan bagi setiap mazhab. Kawasan di antara dan di belakang setiap dewan digunakan untuk madrasah setiap mazhab, lengkap dengan laman dalam dengan pancutan air dan bilik tiga tingkat bagi kegunaan penuntut dan syeikh. Pintu masuk madrasah terletak pada sudut setiap iwan.
Berdekatan di Kaherah
Muhammad Ali Mosque
470 m dari sini
Cairo Citadel
530 m dari sini
Masjid Ibn Tulun
770 m dari sini
Kaherah
2.4 km dari sini
Tahrir Square
2.4 km dari sini
City of the Dead
2.5 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.