Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kuala Terengganu · Panduan bandar dan peta

Istana Maziah

istana Kesultanan Terengganu

Bahasa lain: English · Bahasa Indonesia

Istana Maziah
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Istana Maziah?

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu.

Di manakah Istana Maziah?

Di Kuala Terengganu, pada koordinat 5.3333, 103.1333.

Kisahnya

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri. Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918 ). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar ( Baginda Omar ) pada 10 Mac 1870 ( 7 Zulhijjah 1286 ). Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara ipar kepada Sultan Zainal Abidin III.

Berdekatan di Kuala Terengganu

Tokong Ho Ann Kiong

90 m dari sini

Tokong Tian Hou Gong

360 m dari sini

Masjid Abidin

530 m dari sini

Bukit Puteri

550 m dari sini

Jambatan Pulau Sekati

1.4 km dari sini

Jambatan Sultan Mahmud

1.4 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.