← Mercu tanda di Kuala Terengganu · Panduan bandar dan peta
Jambatan Sultan Mahmud
Jawapan ringkas
Apakah Jambatan Sultan Mahmud?
Jambatan Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong merupakan sebatang jambatan yang terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu di Terengganu, Malaysia.
Di manakah Jambatan Sultan Mahmud?
Di Kuala Terengganu, pada koordinat 5.3244, 103.1246.
Kisahnya
Jambatan Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong merupakan sebatang jambatan yang terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu di Terengganu, Malaysia. Jambatan ini dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) dan replika 'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU' di atas Bukit Besar dapat dilihat ketika merentasi jambatan ini. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada LP 65 Laluan Persekutuan Malaysia 65 serta mempunyai dua laluan sehala.Terdapat plaza tol di bahagian tengah jambatan tersebut namun telah dihentikan operasinya pada tahun 2000. Jambatan ini juga terletak di bahagian barat daya Istana Maziah. Jambatan Sultan Mahmud mempunyai 3 bahagian iaitu pertama, Jambatan Selatan yang menghubungkan kawasan tebing selatan Sungai Terengganu hingga ke Pulau Duyong. Kedua, Jambatan Utara No.1 menghubungkan kawasan Pulau Besar dan tebing utara Sungai Terengganu dan yang ketiga pula, Jambatan Utara No.2 menghubungkan kawasan Pulau Duyong dan Pulau Besar. Had laju Jambatan Sultan Mahmud ialah 90 kilometer sejam (km/j). Tambahan pula, jambatan itu dilengkapi dengan papan maklumat LED.
Berdekatan di Kuala Terengganu
Jambatan Pulau Sekati
200 m dari sini
Masjid Kristal
500 m dari sini
Taman Tamadun Islam
910 m dari sini
Tokong Tian Hou Gong
1.1 km dari sini
Tokong Ho Ann Kiong
1.3 km dari sini
Istana Maziah
1.4 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.