← Mercu tanda di Kolkata · Panduan bandar dan peta
Kuil Kalighat
Bahasa lain: English · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Kuil Kalighat?
Kuil Kalighat (IAST: Kālīghāṭ) atau dikenali sebagai Kuil Kali Kolkata atau Kuil Kali Kalighat merupakan salah satu tempat pemujaan yang terkenal di Kolkata, India.
Di manakah Kuil Kalighat?
Di Kolkata, pada koordinat 22.5200, 88.3419.
Kisahnya
Kuil Kalighat (IAST: Kālīghāṭ) atau dikenali sebagai Kuil Kali Kolkata atau Kuil Kali Kalighat merupakan salah satu tempat pemujaan yang terkenal di Kolkata, India. Kuil Hindu ini terletak di tebing sungai Hooghly. Tuhan disembah di kuil ini sebagai Kali. Kuil ini merupakan salah satu daripada 51 Shakti Pitha di India. Menurut Devi Bhagavata Purana, Kalika Purana dan Shakti Peetha Stotram, jari kaki kanan Dewi Sati dikatakan jatuh di sini selepas tubuhnya dipecahkan kepada beberapa bahagian oleh cakra Sudarshan milik Vishnu untuk meredakan kemarahan Siva. Sebagai salah satu tempat ibadat tertua dan paling penting di India Timur serta salah satu daripada empat Adi Shakti Pitha, kuil ini menarik ratusan ribu penganut sepanjang tahun, terutamanya pada perayaan seperti Kali Puja, Tahun Baru, Poila Baisakh, Snana Yatra, Durga Puja, dan setiap Amavasya (bulan gelap). Kuil ini ialah sebuah mercu tanda penting di bandar tersebut dan dikunjungi oleh ribuan orang daripada pelbagai agama setiap hari.
Berdekatan di Kolkata
Kalighat Home for the Dying
50 m dari sini
Alipore Central Jail
1.7 km dari sini
Zoological Garden, Alipore
2.0 km dari sini
Netaji Bhawan
2.2 km dari sini
India Government Mint
2.3 km dari sini
Birla Mandir
2.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.