Landmark Wiki

← Mercu tanda di Labuan Bajo · Panduan bandar dan peta

Taman Nasional Komodo

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Taman Nasional Komodo
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Taman Nasional Komodo?

Taman Nasional Komodo terletak di antara provinsi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat dalam Kepulauan Sunda Kecil.

Di manakah Taman Nasional Komodo?

Di Labuan Bajo, pada koordinat -8.5433, 119.4894.

Kisahnya

Taman Nasional Komodo terletak di antara provinsi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat dalam Kepulauan Sunda Kecil. Taman negara ini terdiri daripada tiga pulau besar Pulau Komodo, Pulau Rinca, dan Pulau Padar serta 26 pulau kecil yang lain. Wilayah darat taman negara ini berkeluasan 603 km², dan keluasan penuh wilayahnya adalah 1817 km². Pada tahun 1980, taman negara ini didirikan untuk melindungi biawak Komodo dan habitatnya. Di sana terdapat 277 spesies haiwan yang merupakan yang sebilangan besarnya berasal dari Asia dan Australia, dari jumlah itu, 32 spesies adalah mamalia, 128 spesies burung, dan 37 spesies reptilia. Bersama dengan biawak komodo, sekurang-kurangnya terdapat 25 spesies haiwan darat dan burung yang tergolong dalam jenis haiwan yang dilindungi kerana spesies haiwan-haiwan tersebut mengalami ancaman kepupusan yang agak membimbangkan. Selain itu, kawasan laut taman negara ini terdapat juga terumbu karang. Sekurang-kurangnya terdapat 253 spesies karang pembentuk terumbu yang ditemukan di sana, dengan sekitar 1,000 spesies ikan. Keindahan terumbu ini menarik minat pelancong asing untuk berenang atau menyelam di perairan ini.

Berdekatan di Labuan Bajo

Pulau Komodo

4.4 km dari sini

Padar, Indonesia

15.4 km dari sini

Rinca

27.2 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.