← Mercu tanda di Langkawi · Panduan bandar dan peta
Pekan Kuah
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Pekan Kuah?
Pekan Kuah merupakan sebuah bandar peranginan dan pintu masuk utama ke Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.
Di manakah Pekan Kuah?
Di Langkawi, pada koordinat 6.3167, 99.8500.
Kisahnya
Pekan Kuah merupakan sebuah bandar peranginan dan pintu masuk utama ke Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di bandar ini. Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah menggenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau. Pergaduhan gergasi antara Mat Chinchang dan Mat Raya yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung kini Gunung Matcincang dan Gunung Raya. Mat Samar yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua iaitu Bukit Samar sekarang. Kuah mempunyai pelbagai hotel tetapi tidak ada pusat peranginan, kerana bandar ini tidak mempunyai pantai yang betul walaupun terletak di tepi laut. Selain itu, kehidupan malam di Kuah kebanyakannya makan di restoran makanan laut, walaupun terdapat beberapa bar dan pub yang terletak di beberapa hotel.
Berdekatan di Langkawi
Langkawi Legend Park
630 m dari sini
Langkawi National Observatory
7.7 km dari sini
Kereta kabel Langkawi
20.6 km dari sini
Langkawi Sky Bridge
22.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.