← Mercu tanda di Kuala Terengganu · Panduan bandar dan peta
Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Bahasa lain: English
Jawapan ringkas
Apakah Jambatan Angkat Kuala Terengganu?
Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Di manakah Jambatan Angkat Kuala Terengganu?
Di Kuala Terengganu, pada koordinat 5.3398, 103.1448.
Kisahnya
Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati. Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.
Berdekatan di Kuala Terengganu
Bukit Puteri
910 m dari sini
Masjid Abidin
960 m dari sini
Al-Muktafi Billah Shah Mosque
1.4 km dari sini
Istana Maziah
1.5 km dari sini
Tokong Ho Ann Kiong
1.5 km dari sini
Tokong Tian Hou Gong
1.7 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.