← Mercu tanda di Singapura · Panduan bandar dan peta
Pasar Telok Ayer
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Pasar Telok Ayer?
Pasar Telok Ayer, Pasar Besi atau Lau Pa Sat (Bahasa Cina: 老巴刹; pinyin: Lǎo Bāshā; Pe̍h-ōe-jī: lāu pa-sat; secara harfiahnya "Pasar Lama" atau Bahasa Cina: 直落亚逸巴刹) adalah bangunan bersejarah yang terletak di Kawasan Tengah Pusat Bandar Raya Singapura.
Di manakah Pasar Telok Ayer?
Di Singapura, pada koordinat 1.2806, 103.8504.
Kisahnya
Pasar Telok Ayer, Pasar Besi atau Lau Pa Sat (Bahasa Cina: 老巴刹; pinyin: Lǎo Bāshā; Pe̍h-ōe-jī: lāu pa-sat; secara harfiahnya "Pasar Lama" atau Bahasa Cina: 直落亚逸巴刹) adalah bangunan bersejarah yang terletak di Kawasan Tengah Pusat Bandar Raya Singapura. Ia pertama kali dibina pada tahun 1824 sebagai pasar ikan di tepi laut yang melayani warga penjajah awal Singapura dan dibina semula pada tahun 1838. Ia kemudian dipindahkan dan dibina semula di lokasi sekarang pada tahun 1894. Ia kini merupakan medan selera merumahkan gerai-gerai yang menawarkan jualan pelbagai masakan tempatan. Pasar ini masih salah satu struktur bereka bentuk Victoria tertua di Asia Tenggara dan salah satu struktur pertama yang dibina menggunakan besi tempa di Asia. Ia juga merupakan satu-satunya bangunan pasar tersisa khusus untuk penduduk daerah pusat Singapura awal yang masih berdiri sehingga hari ini.
Berdekatan di Singapura
Thian Hock Keng Temple
320 m dari sini
Sri Mariamman Temple
610 m dari sini
Masjid Jamae
620 m dari sini
The Fullerton Hotel Singapore
680 m dari sini
Cavenagh Bridge
700 m dari sini
Kuil Gigi Buddha
720 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.