← Mercu tanda di Luxor · Panduan bandar dan peta
Kuil Luxor
Bahasa lain: English · 日本語 · 한국어 · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Kuil Luxor?
Kuil Luxor (Arab: معبد الأقصر) ialah kompleks kuil Mesir purba yang besar di tebing timur Sungai Nil, di bandar yang kini dikenali sebagai Luxor (Thebes pada zaman purba).
Di manakah Kuil Luxor?
Di Luxor, pada koordinat 25.7000, 32.6392.
Kisahnya
Kuil Luxor (Arab: معبد الأقصر) ialah kompleks kuil Mesir purba yang besar di tebing timur Sungai Nil, di bandar yang kini dikenali sebagai Luxor (Thebes pada zaman purba). Ia dibina sekitar tahun 1400 SM. Dalam bahasa Mesir purba, ia dikenali sebagai ipet resyt, "tempat suci selatan". Ia merupakan salah satu daripada dua kuil utama di tebing timur, satu lagi ialah Karnak. Berbeza dengan kuil-kuil lain di Thebes, Kuil Luxor tidak ditujukan kepada mana-mana dewa tertentu atau firaun yang didewakan selepas mangkat. Sebaliknya, Kuil Luxor didedikasikan untuk memperbaharui kuasa dan kedudukan raja. Ramai firaun mungkin ditabalkan di sini — sama ada secara sebenar atau simbolik. Malah, Alexander Agung, pernah mendakwa bahawa baginda dimahkotakan di Luxor, walaupun kemungkinan besar baginda tidak pernah pergi sejauh itu ke selatan Memphis, berhampiran Kaherah moden. Di bahagian belakang kuil terdapat bandarsah yang dibina oleh Amenhotep III daripada Dinasti ke-18, dan Alexander. Bahagian lain kuil dibina oleh Tutankhamun dan Ramesses II. Semasa era Rom, kawasan kuil ini dijadikan kubu tentera dan pusat pentadbiran Rom di kawasan tersebut.
Berdekatan di Luxor
Luxor Museum
1.0 km dari sini
Kompleks Kuil Karnak
2.8 km dari sini
Colossi of Memnon
3.7 km dari sini
Ramesseum
4.2 km dari sini
Medinet Habu
4.4 km dari sini
Deir el-Medina
4.9 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.