Landmark Wiki

← Mercu tanda di Melaka · Panduan bandar dan peta

Zoo Melaka

Zoo kedua terbesar di Malaysia

Bahasa lain: English · தமிழ் · Español

Zoo Melaka
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Zoo Melaka?

Zoo Melaka & Taman Burung (disingkatkan sebagai Zoo Melaka) ialah sebuah fasiliti di mana pelbagai spesis flora dan fauna ditempatkan bagi tujuan pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai dan menjadi tempat konservatif sama ada dibiakkan untuk tujuan pemuliharaan atau perlindungan hidupan liar terutamanya spesis yang hampir pupus.

Di manakah Zoo Melaka?

Di Melaka, pada koordinat 2.2778, 102.3017.

Kisahnya

Zoo Melaka & Taman Burung (disingkatkan sebagai Zoo Melaka) ialah sebuah fasiliti di mana pelbagai spesis flora dan fauna ditempatkan bagi tujuan pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai dan menjadi tempat konservatif sama ada dibiakkan untuk tujuan pemuliharaan atau perlindungan hidupan liar terutamanya spesis yang hampir pupus. Zoo ini berkeluasan 54 ekar serta bersempadan dengan Taman Botanikal Melaka di bahagian utara, Tasik Ayer Keroh dan padang golf milik Ayer Keroh Golf & Country Club di bahagian selatan, kawasan hutan di bahagian barat dan muzium Malaysia Heritage Studios (dulu dikenali dengan nama Taman Mini Malaysia dan ASEAN) di bahagian timur. Zoo Melaka diiktiraf sebagai zoo kedua terbesar di Malaysia serta merupakan tarikan pelancongan rekreasi paling tertua di negeri Melaka. Setakat Januari 2024, terdapat lebih daripada 1,200 ekor haiwan daripada 214 spesis berada di dalam zoo ini di mana kebanyakkan haiwan berasal dari kawasan Asia Tenggara, Afrika dan Australia. Antara spesis haiwan yang berjaya dibiakkan di Zoo Melaka seperti Beruang Matahari (Helarctos malayanus) dan Ungka Tangan Putih (Hylobates lar).

Berdekatan di Melaka

Muzium Lebah Sedunia

580 m dari sini

Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka

2.0 km dari sini

Malacca Al-Quran Museum

7.9 km dari sini

Masjid Cina Melaka

8.2 km dari sini

Masjid Al-Azim, Bukit Palah

8.2 km dari sini

Perigi Hang Tuah

8.7 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.