← Mercu tanda di Kaherah · Panduan bandar dan peta
Masjid Ibn Tulun
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Masjid Ibn Tulun?
Masjid Ahmad Ibn Ţūlūn (Arab: مسجد أحمد بن طولون) terletak di Kaherah, Mesir.
Di manakah Masjid Ibn Tulun?
Di Kaherah, pada koordinat 30.0289, 31.2494.
Kisahnya
Masjid Ahmad Ibn Ţūlūn (Arab: مسجد أحمد بن طولون) terletak di Kaherah, Mesir. Masjid ini ialah masjid yang kekal dengan bentuk asalnya yang tertua di kota ini. Dari segi kawasan, masjid Ibn Tulun juga merupakan masjid terbesar di Kaherah. Masjid dibina oleh Ahmad bin Ţūlūn, gabenor Abbasiyah yang memerintah Mesir dalam tahun 868–884 M. Pemerintahan Ibn Tulun merupakan pemerintahan Mesir merdeka secara de facto. Ahli sejarah, al-Maqrizi, menyenaraikan tarikh mula pembinaan masjid pada tahun 876 M, dan batu asas asal masjid menyatakan tarikh tamat pembinaan pada 265 H, atau 879 M. Masjid dibina di atas sebuah bulit kecil bernama Jabal Yashkur, "Bukit Kesykuran." Satu legenda tempatan menyatakan yang Bahtera Nabi Nuh terletak di sini dan tidak di Gunung Ararat selepas Banjir Besar. Masjid Masjid Ibn Tulun mempunyai halaman yang diapit oleh arked stuko dan menara lingkaran berhias.
Berdekatan di Kaherah
Masjid Sultan Hassan
770 m dari sini
Muhammad Ali Mosque
990 m dari sini
Cairo Citadel
1.2 km dari sini
Kaherah
2.2 km dari sini
Tahrir Square
2.2 km dari sini
Egyptian Museum
2.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.