← Mercu tanda di Jepun · Panduan bandar dan peta
Gunung Fuji
gunung di Wilayah Yamanashi dan Shizuoka, Jepun
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Gunung Fuji?
Gunung Fuji (富士山, Fuji-san, IPA: [ɸɯʥisaɴ]) ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo.
Di manakah Gunung Fuji?
Di Jepun, pada koordinat 35.3608, 138.7275.
Kisahnya
Gunung Fuji (富士山, Fuji-san, IPA: [ɸɯʥisaɴ]) ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji mempunyai ketinggian sebanyak 3776.12m, iaitu 319m lebih rendah daripada Gunung Kinabalu. Gunung Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota, iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya). Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong. Gunung Fuji diiktiraf sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 2013. Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. [1] Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707. Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, iaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji. Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos, iaitu ketika musim panas.
Berdekatan di Jepun
The Tomioka Silk Mill and Related Industrial Heritage
100.5 km dari sini
Nemuri-neko
174.0 km dari sini
Sado mine
301.0 km dari sini
Sacred Sites and Pilgrimage Routes in the Kii Mountain Range
318.8 km dari sini
Historic Monuments and Sites of Hiraizumi
456.4 km dari sini
Iwami Ginzan Silver Mine
571.9 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.