← Mercu tanda di India · Panduan bandar dan peta
Nalanda
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Nalanda?
Nālandā (Hindi/Sanskrit/Pali: नालंदा) ialah nama sebuah institut pengajian tinggi purba di Bihar, India.
Di manakah Nalanda?
Di India, pada koordinat 25.1368, 85.4438.
Kisahnya
Nālandā (Hindi/Sanskrit/Pali: नालंदा) ialah nama sebuah institut pengajian tinggi purba di Bihar, India. Nalanda terletak di negeri Bihar, kira-kira 55 batu ke tenggara Patna, dan ia merupakan sebuah pusat pengajian agama Buddha yang terkemuka dari kurun ke-5 atau ke-6 M sehingga 1197 M. Ia digelar sebagai "antara universiti terulung dalam sejarah". Nalanda menjadi terkenal dari zaman pemerintahan Śakrāditya dari Empayar Gupta (identiti tidak dipastikan, mungkin Kumara Gupta I atau Kumara Gupta II) sehinggalah tahun 1197 M. Selain dinaungi Empayar Gupta, ia juga dinaungi oleh Maharaja-Maharaja Buddha seperti Harsha dan pemerintah Kerajaan Pala. Kompleks ini dibina dari batu bata merah dan runtuhannya kini meliputi satu kawasan seluas 14 hektar. Pada zaman kegemilangannya, universiti ini telah menarik ramai sarjana dan penuntut dari negara sejauh China, Greek dan Parsi. Nalanda telah dijarah dan dimusnahkan oleh penakluk Turki Muslim di bawah pimpinan Bakhtiyar Khalji pada tahun 1193.
Berdekatan di India
Mahabodhi Temple
67.0 km dari sini
Santiniketan
278.4 km dari sini
Khangchendzonga National Park
400.1 km dari sini
Sundarbans National Park
507.6 km dari sini
Khajuraho Group of Monuments
557.4 km dari sini
Manas National Park
576.3 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.