Landmark Wiki

← Mercu tanda di Ottawa · Panduan bandar dan peta

Parliament Hill, Ontario

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · தமிழ் · Español

Parliament Hill, Ontario
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Parliament Hill, Ontario?

Parliament Hill (Bahasa Perancis: Colline du Parlement) yang bermaksud Bukit Parlimen adalah sebuah kawasan di dalam tanah mahkota yang terletak di selatan tebing sungai Ottawa di Ontario, Kanada.

Di manakah Parliament Hill, Ontario?

Di Ottawa, pada koordinat 45.4247, -75.6994.

Kisahnya

Parliament Hill (Bahasa Perancis: Colline du Parlement) yang bermaksud Bukit Parlimen adalah sebuah kawasan di dalam tanah mahkota yang terletak di selatan tebing sungai Ottawa di Ontario, Kanada. Rangkaian bangunannya yang bercirikan seni bina kebangkitan Goth ini menempatkan bangunan Parlimen Kanada dan kawasan ini menarik kira-kira 3 juta pengunjung setiap tahun. Penguatkuasaan undang-undang di Parliament Hillbukit dan di presint parlimen merupakan tanggungjawab di bawah Perkhidmatan Perlindungan Parlimen (PPS). Pada asalnya merupakan tapak pangkalan tentera pada abad ke-18 hingga awal ke-19, pembangunan di kawasan itu kepada presint kerajaan bermula pada 1859, selepas baginda Ratu Victoria memilih Ottawa sebagai ibu kota Wilayah Kanada. Berikutan beberapa binaan tambahan kepada bangunan parlimen dan jabatan serta kebakaran yang berlaku pada 1916 yang memusnahkan Blok Tengah, Parliament Hill berada di dalam bentuknya yang sekarang setelah siapnya Menara Keamanan pada tahun 1927. Sejak 2002, projek pengubahsuaian dan pemulihan bernilai $1 bilion sedang dijalankan untuk kesemua bangunan presint; kerja-kerja dijangka untuk siap selepas tahun 2020.

Berdekatan di Ottawa

Peace Tower

20 m dari sini

Library of Parliament

110 m dari sini

Rideau Canal

210 m dari sini

Confederation Square

320 m dari sini

National War Memorial (Canada)

320 m dari sini

Valiants Memorial

330 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.