Landmark Wiki

← Mercu tanda di Canberra · Panduan bandar dan peta

Bangunan Parlimen, Canberra

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · தமிழ் · Español

Bangunan Parlimen, Canberra
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Bangunan Parlimen, Canberra?

Bangunan Parlimen adalah tempat persidangan Parlimen Australia, yang terletak di Canberra, ibu kota Australia.

Di manakah Bangunan Parlimen, Canberra?

Di Canberra, pada koordinat -35.3081, 149.1244.

Kisahnya

Bangunan Parlimen adalah tempat persidangan Parlimen Australia, yang terletak di Canberra, ibu kota Australia. Bangunan ini direka oleh Mitchell / Giurgola & Thorp Architects dan dibina oleh Concrete Constructions dan John Holland joint venture. Ia dibuka pada 9 May 1988 oleh Elizabeth II, Ratu Australia. Ia menelan kos lebih daripada A$1.1 bilion untuk dibina. Mesyuarat Parlimen Persekutuan telah diadakan di Melbourne sehingga tahun 1927. Antara 1927 dan 1988, Parlimen Australia bersidang di Bangunan Parlimen Sementara, yang kini dikenali sebagai "Bangunan Parlimen Lama". Pembinaan Bangunan Parlimen tetap Australia ditangguhkan sementara lokasinya dibahaskan. Pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 1981. Reka bentuk utama strukturnya adalah berdasarkan bentuk dua biji bumerang dan diikat oleh 81-meter (266 ka) bendera. Bangunan Parlimen mengandungi 4,700 bilik, dan banyak kawasan terbuka untuk orang ramai. Serambi utama mengandungi tangga marmar dan mengarah ke Dewan Utama, yang mempunyai dewangga besar yang dipamerkan. Dewan Rakyat dihiasi warna hijau, sementara Dewan Senat mempunyai skema warna merah.

Berdekatan di Canberra

The Lodge

780 m dari sini

Bangunan Parlimen Lama, Canberra

810 m dari sini

Questacon

1.3 km dari sini

Reconciliation Place

1.3 km dari sini

National Gallery of Australia

1.4 km dari sini

St Christopher's Cathedral, Manuka

1.4 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.