Landmark Wiki

← Mercu tanda di Georgetown · Panduan bandar dan peta

Bukit Bendera

bukit di Pulau Pinang

Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · தமிழ்

Bukit Bendera
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Bukit Bendera?

Bukit Bendera ialah sebuah peranginan bukit yang terdiri daripada gabungan beberapa puncak hampir di tengah-tengah Pulau Pinang.

Di manakah Bukit Bendera?

Di Georgetown, pada koordinat 5.4244, 100.2689.

Kisahnya

Bukit Bendera ialah sebuah peranginan bukit yang terdiri daripada gabungan beberapa puncak hampir di tengah-tengah Pulau Pinang. Ia berada kira-kira 9 km (5.6 bt) di barat pusat bandar George Town. Nama ini pada asalnya merujuk kepada Flagstaff Hill yang merupakan bahagian puncaknya yang paling pesat membangun. Salah satu puncak pula dikenali sebagai Bukit Strawberi dan merupakan nama rumah milik Francis Light, pengasas jajahan di Pulau Pinang. Bukit Bendera terdiri daripada beberapa buah bukit dengan titik tertinggi berada di Bukit Barat, mencapai ketinggian 833 m (2,733 ka) dari paras laut. Bukit ini merupakan kawasan berbukit bukau yang terlihat asing berbanding kawasan pamah lain di Malaysia kerana ketinggian serta kehijauan alamnya. Kawasan ini pernah dijadikan tempat percutian semasa zaman penjajahan British dan kini menjadi destinasi pelancongan popular kerana sejarah dan warisannya. Puncak Bukit Bendera di kawasan pelancongan utama boleh dicapai melalui Kereta Api Bukit Bendera dari stesen awal di Jalan Stesen Bukit Bendera.

Berdekatan di Georgetown

Kereta Api Bukit Bendera

1.1 km dari sini

Kebun Bunga Pulau Pinang

2.8 km dari sini

Kek Lok Si

2.8 km dari sini

Kuil Balathandayuthapani

3.2 km dari sini

Taman Bandaraya

3.2 km dari sini

Muzium Warisan India Pulau Pinang

3.9 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.