Landmark Wiki

← Mercu tanda di Petra · Panduan bandar dan peta

Petra

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Petra
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Petra?

Petra (Greek "πέτρα" (petra), bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batrāʾ) adalah sebuah kota bersejarah dan arkeologi yang terletak di Ma'an, Jordan.

Di manakah Petra?

Di Petra, pada koordinat 30.3289, 35.4403.

Kisahnya

Petra (Greek "πέτρα" (petra), bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batrāʾ) adalah sebuah kota bersejarah dan arkeologi yang terletak di Ma'an, Jordan. Ia terkenal dengan gaya senibina potongan batu dan sistem saluran air. Nama lain bagi kota ini adalah Kota Mawar kerana warna batu yang di mana ia diukir. Ditubuhkan mungkin seawal 312 SM sebagai ibu kota bagi Nabatea, ia menjadi simbol kepada negara Jordan dan menjadi kawasan tarikan ramai pelancong. Petra terletak di cerun Gunung al-Madhbah (dikenal pasti oleh sesetengah pihak sebagai Gunung Hor) di lembangan antara pergunungan yang membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati". Tapak ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland Johann Ludwig Burckhardt. Ia diperincikan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh seorang pemenang soneta Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon.

Berdekatan di Petra

Qasr al-Bint

70 m dari sini

Great Temple

190 m dari sini

Temple of the Winged Lions

270 m dari sini

Byzantine Church

440 m dari sini

Petra Theater

780 m dari sini

Palace Tomb

860 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.