← Mercu tanda di Berlin · Panduan bandar dan peta
Bangunan Reichstag
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Bangunan Reichstag?
Bangunan Reichstag yang terletak di Berlin telah dibina bagi menempatkan parlimen negara Jerman sepanjang zaman-zaman Empayar, Weimar dan pascaperang.
Di manakah Bangunan Reichstag?
Di Berlin, pada koordinat 52.5186, 13.3761.
Kisahnya
Bangunan Reichstag yang terletak di Berlin telah dibina bagi menempatkan parlimen negara Jerman sepanjang zaman-zaman Empayar, Weimar dan pascaperang. Ia dibuka pada tahun 1894 dan menempatkan Reichstag sehingga tahun 1933, apabila ia kemudian mengalami kerosakkan teruk dalam satu kebakaran yang dilakukan oleh Marinus van der Lubbe, seorang komunis Belanda. Semasa era Nazi, ahli-ahli Reichstag terus menggunakan dewan untuk bersidang sebagai satu kumpulan dalam Balai Opera Kroll. Selepas Perang Dunia Kedua, bangunan Reichstag tidak digunakan setelah parlimen bagi Republik Demokratik Jerman bersidang di Istana Republik di Berlin Timur dan parlimen bagi Republik Persekutuan Jerman bersidang di Bundeshaus di Bonn. Bangunan ini dijaga dan sesetengahnya dibaik pulih pada tahun 1960-an, tetapi tiada usaha sepenuhnya bagi pemuliharaan sepenuhnya sehingga penyatuan semula Jerman pada 3 Oktober 1990, apabila ia dibina semula dengan diketuai oleh seorang arkitek terkenal di dunia Norman Foster. Selepas siap pada tahun 1999, ia menjadi tempat persidangan bagi parlimen moden Jerman, Bundestag.
Berdekatan di Berlin
Gerbang Brandenburg
280 m dari sini
Pariser Platz
310 m dari sini
Memorial to the Murdered Jews of Europe
550 m dari sini
Potsdamer Platz
1.1 km dari sini
French Cathedral
1.2 km dari sini
Konzerthaus Berlin
1.2 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.