← Mercu tanda di Singapura · Panduan bandar dan peta
Taman Haiwan Singapura
zoo di Singapura
Bahasa lain: English · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Taman Haiwan Singapura?
Taman Haiwan Singapura (juga dalam bahasa Inggeris: Singapore Zoo; Bahasa Cina: 新加坡动物园; pinyin: Xīnjiāpō Dòngwùyuán; Tamil: சிங்கப்பூர் விலங்குக் காட்சிச்சாலை), dahulunya dikenali sebagai Singapore Zoological Gardens dan juga dikenali dengan jolokan Mandai Zoo, menduduki 28 hektar (0.
Di manakah Taman Haiwan Singapura?
Di Singapura, pada koordinat 1.4038, 103.7941.
Kisahnya
Taman Haiwan Singapura (juga dalam bahasa Inggeris: Singapore Zoo; Bahasa Cina: 新加坡动物园; pinyin: Xīnjiāpō Dòngwùyuán; Tamil: சிங்கப்பூர் விலங்குக் காட்சிச்சாலை), dahulunya dikenali sebagai Singapore Zoological Gardens dan juga dikenali dengan jolokan Mandai Zoo, menduduki 28 hektar (0.28 km²) tanah di jidar Upper Seletar Reservoir dalam lingkungan kawasan tadahan pusat yang berhutan tebal di Singapura. Taman haiwan (atau "zoo") ini menelan belanja pembinaan S$9 juta hasil diperuntukkan geran pemerintah Singapura dan dibuka pada 23 Jun 1973. Taman haiwan ini dikendali oleh Wildlife Reserves Singapore, yang juga menguruskan Night Safari yang berhampiran dan Taman Burung Jurong. Terdapat kira-kira 315 spesies haiwan yang disimpan dalam taman ini, 16% daripadanya diiktiraf sebagai spesies terancam. Zoo ini menarik kira-kira 1.4 juta pelancong setahun.
Berdekatan di Singapura
Night Safari
720 m dari sini
Bukit Timah Hill
5.8 km dari sini
Hutan Simpanan Bukit Timah
5.9 km dari sini
MacRitchie Reservoir
7.9 km dari sini
Paya Simpanan Sungei Buloh
8.6 km dari sini
Kampong Lorong Buangkok
9.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.