Landmark Wiki

← Mercu tanda di Beijing · Panduan bandar dan peta

Istana Musim Panas

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Istana Musim Panas
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Istana Musim Panas?

Istana Musim Panas (Cina ringkas: 颐和园; Cina tradisional: 頤和園; pinyin: Yíhéyuán) ialah sebuah kompleks besar yang merangkumi tasik, taman dan istana di Beijing.

Di manakah Istana Musim Panas?

Di Beijing, pada koordinat 39.9975, 116.2689.

Kisahnya

Istana Musim Panas (Cina ringkas: 颐和园; Cina tradisional: 頤和園; pinyin: Yíhéyuán) ialah sebuah kompleks besar yang merangkumi tasik, taman dan istana di Beijing. Ia merupakan taman diraja semasa Dinasti Qing. Antara ciri di dalamnya termasuk Bukit Panjang Umur (Cina ringkas: 万寿山; Cina tradisional: 萬壽山; pinyin: Wànshòu Shān), Tasik Kunming dan Jambatan Tujuh Belas Lubang. Ia meliputi kawasan seluas 2.9 kilometer persegi (1.1 bt2), di mana tiga perempat daripadanya adalah air. Bukit Panjang Umur berketinggian sekitar 60 meter (200 ka) dan menempatkan banyak bangunan yang disusun secara berurutan. Bahagian hadapan bukit mempunyai balai dan astaka yang indah, manakala bahagian belakang bukit lebih sunyi dengan keindahan semula jadi. Tasik Kunming di tengah, meliputi keluasan 2.2 kilometer persegi (540 ekar), sepenuhnya buatan manusia dan tanah yang digali digunakan untuk membina Bukit Panjang Umur. Istana Musim Panas yang diilhamkan oleh taman-taman di selatan China, mengandungi lebih 3,000 bangunan purba Cina yang menempatkan lebih 40,000 artifak bersejarah berharga dari pelbagai dinasti. Pada Disember 1998, UNESCO telah memasukkan Istana Musim Panas ke dalam Senarai Warisan Dunia.

Berdekatan di Beijing

Zoo Beijing

8.5 km dari sini

Central Radio & TV Tower

9.2 km dari sini

Military Museum of the Chinese People's Revolution

10.8 km dari sini

Capital Museum

11.8 km dari sini

Church of the Saviour

12.0 km dari sini

White Cloud Temple

12.4 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.