← Mercu tanda di Sydney · Panduan bandar dan peta
Panggung Opera Sydney
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Panggung Opera Sydney?
Panggung Opera Sydney atau dalam bahasa Inggeris, Sydney Opera House terletak di bandar raya Sydney, New South Wales.
Di manakah Panggung Opera Sydney?
Di Sydney, pada koordinat -33.8568, 151.2151.
Kisahnya
Panggung Opera Sydney atau dalam bahasa Inggeris, Sydney Opera House terletak di bandar raya Sydney, New South Wales. Ia adalah salah satu reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Panggung opera ini juga terletak berdekatan dengan Jambatan Pelabuhan Sydney, kedua-dua bangunan ini mercu tanda negara Australia. Bagi jutaan pelancong yang datang melawat setiap tahun, panggung opera ini memiliki daya tarikan dengan reka bentuknya yang bersumberkan bentuk cangkerang laut. Selain dari objek pelancongan, panggung opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, opereta, balet dan lain-lain seni teater. Panggung opera ini dikelolakan oleh "Opera House Trust" dan juga residen tetap untuk Opera Australia, Sydney Theatre Company, dan juga Sydney Symphony Orchestra. Reka bentuknya adalah berdasarkan kerja Jørn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada tahun 1957 yang kemudiannya membantu dalam pembinaan panggung opera ini.
Berdekatan di Sydney
Rumah Kerajaan, Sydney
350 m dari sini
Cadmans Cottage
600 m dari sini
Circular Quay
600 m dari sini
The Rocks, New South Wales
660 m dari sini
Jambatan Pelabuhan Sydney
660 m dari sini
Museum of Contemporary Art Australia
680 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.