← Mercu tanda di Mumbai · Panduan bandar dan peta
Hotel Taj Mahal Palace
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Hotel Taj Mahal Palace?
Taj Mahal Palace ialah sebuah hotel warisan mewah bertaraf lima bintang yang terletak di kawasan Colaba.
Di manakah Hotel Taj Mahal Palace?
Di Mumbai, pada koordinat 18.9220, 72.8333.
Kisahnya
Taj Mahal Palace ialah sebuah hotel warisan mewah bertaraf lima bintang yang terletak di kawasan Colaba. Mumbai, Maharashtra, India. Ia terletak bersebelahan dengan Pintu Gerbang India . Dibina dalam gaya Indo-Sarasenik, hotel ini dibuka pada tahun 1903 dengan nama Hotel Taj Mahal dan secara sejarahnya sering dirujuk sebagai "The Taj". Hotel ini dinamakan sempena Taj Mahal, yang terletak di bandar Agra, kira-kira 1,050 kilometer (650 bt) dari Mumbai. Ia telah dianggap sebagai salah satu hotel terbaik di Timur sejak zaman Raj British Sebahagian daripada Resort dan Istana Taj Hotels , hotel ini mempunyai 600 bilik serta 44 suite, dan dianggap sebagai hartanah utama (flagship property) kumpulan tersebut. Hotel ini menggaji 1,500 kakitangan. Kompleks Hotel ini terdiri daripada dua struktur yang berbeza, Taj Mahal Palace (Istana Taj Mahal) dan Tower (Menara Istana Taj). Taj Mahal Palace dibuka pada tahun 1093, manakala Taj Palace Tower dibuka pada tahun 1972
Berdekatan di Mumbai
Pintu Gerbang India
140 m dari sini
Kafe Leopold
200 m dari sini
Cathedral of the Holy Name
320 m dari sini
Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya
530 m dari sini
Knesset Eliyahoo Synagogue
680 m dari sini
Rajabai Clock Tower
920 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.