← Mercu tanda di Ipoh · Panduan bandar dan peta
Seni batu Tambun
tapak lukisan Neolitik di Perak, Malaysia
Jawapan ringkas
Apakah Seni batu Tambun?
Seni batu Tambun, atau lukisan gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di Gunung Panjang, dekat dengan bandar raya Ipoh, negeri Perak, Malaysia.
Di manakah Seni batu Tambun?
Di Ipoh, pada koordinat 4.6020, 101.1305.
Kisahnya
Seni batu Tambun, atau lukisan gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di Gunung Panjang, dekat dengan bandar raya Ipoh, negeri Perak, Malaysia. Lukisan Gua Tambun dipercayai dibuat pada Zaman Neolitik berusia 3000 tahun. Lukisan termasuk gambar aktiviti perburuan binatang. Motif yang dilukis termasuklah orang Asli purba, rusa, pelanduk, kura-kura dan dugong. Gunung Panjang berdekatan dengan Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh. Kawasan lukisan gua ini asalnya tidak mendapat jagaan dan perhatian rapi daripada pihak arkeologi. Dikatakan pada 1959, Leftenan R. L. Rawlings dalam rondaan pada zaman darurat telah menjumpai lukisan-lukisan purba ini.
Berdekatan di Ipoh
Muzium Geologi
1.3 km dari sini
Tokong Sam Poh Tong
4.6 km dari sini
Masjid Panglima Kinta
5.6 km dari sini
Darul Ridzuan Museum
5.8 km dari sini
Masjid Muhammadiah Taman Tasek Jaya Ipoh
5.9 km dari sini
Masjid Paloh, Ipoh
6.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.