Landmark Wiki

← Mercu tanda di Tanah Tinggi Cameron, Pahang · Panduan bandar dan peta

Gua Tempurung

Gua batu kapur di Gopeng, Perak

Bahasa lain: English · Bahasa Indonesia · தமிழ்

Gua Tempurung
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Gua Tempurung?

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia.

Di manakah Gua Tempurung?

Di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, pada koordinat 4.4167, 101.1833.

Kisahnya

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung. Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram. Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Berdekatan di Tanah Tinggi Cameron, Pahang

Arulmigu Maha Muthu Mariamman Thevasthanam

5.8 km dari sini

Gopeng Baru Jamek Mosque

6.2 km dari sini

Gereja All Souls', Cameron Highlands

23.1 km dari sini

Gunung Irau

23.8 km dari sini

Gunung Berinchang

24.7 km dari sini

Time Tunnel

24.7 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.