← Mercu tanda di Mali · Panduan bandar dan peta
Timbuktu
bandar di Mali
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Timbuktu?
Timbuktu (bahasa Tuareg: ⵜⵏⴱⴾⵜ Tin Buqt, Arab: تُمْبُكْتُو, rumi: Tumbuktū, Perancis: Tombouctou, bahasa Koyra Chiini: Tumbutu) ialah suatu kota terletak jauh 20 km (12 bt) utara dari sungai Niger di Mali.
Di manakah Timbuktu?
Di Mali, pada koordinat 16.7758, -3.0094.
Kisahnya
Timbuktu (bahasa Tuareg: ⵜⵏⴱⴾⵜ Tin Buqt, Arab: تُمْبُكْتُو, rumi: Tumbuktū, Perancis: Tombouctou, bahasa Koyra Chiini: Tumbutu) ialah suatu kota terletak jauh 20 km (12 bt) utara dari sungai Niger di Mali. Ia berpendudukan sebanyak 54,453 orang setakat sensus 2009. Ia dijadikan petempatan tetap seawal abad ke-12 di mana ia makmur hasil perdagangan garam, gading, hamba abdi dan emas. Ia menjadi sebahagian daripada Empayar Mali seawal kurun ke-14 namun ditawan puak-puak Tuareg pada awal kurun ke-15, ia diserap dalam Empayar Songhai sekitar tahun 1468. Ia ditawan tentera Saadi dalam pertempuran Tondibi tahun 1591; Timbuktu dijadikan kota utama dinasti tersebut. Sejak itu, kota ini semakin lama semakin hilang kepentingannya. Kota ini pernah menjadi tumpuan para ilmuwan Islam serata Afrika dengan adanya madrasah Sankore yang merupakan pusat pengajian utama serantau benua tersebut. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO tahun 1988 hasil penilaian kepentingan sejarah kawasan ini serta binaan-binaan masjidnya kepada perkembangan Islam di Afrika.
Berdekatan di Mali
Bandiagara Escarpment
275.1 km dari sini
Tomb of Askia
320.6 km dari sini
Old Towns of Djenné
359.5 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.