Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kota Kinabalu · Panduan bandar dan peta

Taman Negara Tunku Abdul Rahman

Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Taman Negara Tunku Abdul Rahman?

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia.

Di manakah Taman Negara Tunku Abdul Rahman?

Di Kota Kinabalu, pada koordinat 5.9667, 116.0000.

Kisahnya

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Taman Negara Tunku Abdul Rahman terdiri daripada sekumpulan lima pulau yang terletak di antara 3 hingga 8 kilometer di luar Kota Kinabalu. Taman ini terbentang sejauh 4,929 hektar serta dua pertiganya meliputi laut. Sebelum munculnya Zaman Ais, ia membentuk sebahagian daripada jisim batu pasir dan batu endapan tanah besar Banjaran Crocker. Walau bagaimanapun, kira-kira satu juta tahun dahulu, pencairan ais telah membawa kepada perubahan paras air laut dan bahagian tanah besar telah dipotong oleh laut untuk membentuk pulau-pulau yang menghasilkan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bukti ini boleh dilihat daripada dedahan batu pasir di pinggir laut yang menghasilkan tebing, gua, lubang-lubang dan rekahan yang dalam. Taman ini dinamakan sempena Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Berdekatan di Kota Kinabalu

Sutera Harbour

6.6 km dari sini

Tugu Peringatan Double Six

6.9 km dari sini

Masjid Negeri Sabah

7.5 km dari sini

Taman Peringatan Perang Petagas

7.9 km dari sini

Muzium Sabah

8.0 km dari sini

Katedral Hati Suci, Kota Kinabalu

8.0 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.