← Mercu tanda di Zhangjiajie · Panduan bandar dan peta
Wulingyuan
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Wulingyuan?
Wulingyuan ([ù.
Di manakah Wulingyuan?
Di Zhangjiajie, pada koordinat 29.3333, 110.5000.
Kisahnya
Wulingyuan ([ù.lǐŋ.ɥǎn]; Bahasa Cina: 武陵源) merupakah sebuah kawasan indah dan bersejarah di wilayah selatan China, Hunan. Ia telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992. Terdapat lebih daripada 3,000 tiang batu kuartzit di sekitar kawasan ini selain jurang, gaung, kolam, tasik, sungai dan air terjun. Ia turut mempunyai 40 buah gua, 40 gua, dengan sejumlah deposit kalsit yang besar, dan dua jambatan semulajadi, Xianrenqiao (Bridge of the Immortals) dan Tianqiashengkong (Bridge Across the Sky). Kawasan ini terletak di antara 29°16′0″U 110°22′0″T dan 29°24′0″U 110°41′0″T dalam Bandar Zhangjiajie dan terletak kira-kira 270 kilometer (170 bt) ke barat laut Changsha, ibu kota Hunan. Taman ini meliputi area seluas 690 kilometer persegi. Wulingyuan merupakan sebahagian daripada Gunung Wuling. Kawasan tumpuan terdiri daripada empat buah taman negara iaitu Taman Hutan Negara Zhangjiajie, Hutan Simpan Lembah Suoxi, Hutan Simpan Semulajadi Gunung Tianzi dan kawasan Yangjiajie. Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripad 560 tarikan pemandangan menarik di kawasan in.
Berdekatan di Zhangjiajie
Bailong Elevator
4.2 km dari sini
Taman Hutan Negara Zhangjiajie
6.6 km dari sini
Huanglong Cave
14.9 km dari sini
Zhangjiajie Glass Bridge
20.5 km dari sini
Puguang Temple
22.9 km dari sini
Tianmen Mountain
31.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.