← Mercu tanda di Georgetown · Panduan bandar dan peta
Batu Ferringhi
Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · தமிழ்
Jawapan ringkas
Apakah Batu Ferringhi?
Batu Feringghi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock) ialah sebuah kawasan peranginan utama sekali di negeri Pulau Pinang, Malaysia bersama dengan hotel-hotelnya, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal.
Di manakah Batu Ferringhi?
Di Georgetown, pada koordinat 5.4683, 100.2420.
Kisahnya
Batu Feringghi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock) ialah sebuah kawasan peranginan utama sekali di negeri Pulau Pinang, Malaysia bersama dengan hotel-hotelnya, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town ( 5 km dari Tanjung Bungah). Batu Ferringhi ialah sebuah kawasan pinggir bandar George Town di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di sepanjang pantai utara Pulau Pinang dan kira-kira 11 km (6.8 bt) ke barat laut pusat bandar, Batu Ferringhi merupakan destinasi pantai utama di Pulau Pinang dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Bagi memenuhi keperluan pengunjung, beberapa hotel bertingkat tinggi telah dibina di sepanjang jajaran pantai sepanjang 4 km (2.5 bt) ini. Resort-resort di sepanjang pantai Batu Ferringhi turut menawarkan pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing. Pada hari yang cerah, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah Laut Andaman dan Gunung Jerai, yang terletak dalam negeri jiran Kedah. Selain itu, Batu Ferringhi turut terkenal dengan pasar malamnya yang menawarkan pelbagai barangan serta makanan jalanan.
Berdekatan di Georgetown
Penang Floating Mosque
4.0 km dari sini
Bukit Bendera
5.7 km dari sini
Kebun Bunga Pulau Pinang
6.0 km dari sini
Kereta Api Bukit Bendera
6.9 km dari sini
Kuil Balathandayuthapani
7.1 km dari sini
Taman Bandaraya
7.5 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.