Landmark Wiki

← Mercu tanda di Taiping · Panduan bandar dan peta

Bukit Larut

bukit di Malaysia

Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · தமிழ்

Bukit Larut
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Bukit Larut?

Bukit Larut merupakan sebuah pusat peranginan bukit yang terletak di negeri Perak, Malaysia, 10 kilometer barat daya dari Taiping.

Di manakah Bukit Larut?

Di Taiping, pada koordinat 4.8623, 100.7930.

Kisahnya

Bukit Larut merupakan sebuah pusat peranginan bukit yang terletak di negeri Perak, Malaysia, 10 kilometer barat daya dari Taiping. Ia ditubuhkan di bawah arahan penjajah British pada tahun 1884 sebagai tempat pemerhatian aktiviti perlombongan bijih timah dan sebagai tempat perlindungan bagi orang Inggeris yang menetap di Larut dan Taiping yang berdekatan. Kawasan ini pada mulanya dinamakan Maxwell Hill sempena nama pentadbir Tanah Melayu British, George Maxwell, dan dinamakan semula sebagai Bukit Larut pada tahun 1979. Bukit Larut kaya dengan biodiversiti. Bukit Larut merupakan habitat kepada 621 spesies tumbuhan tanah tinggi yang merangkumi 20.4% daripada keseluruhan spesies tumbuhan tanah tinggi yang terdapat di Semenanjung Malaysia, serta 27 spesies mamalia, 227 spesies burung, 9 spesies reptilia dan 56 spesies amfibia. Kawasan ini menerima hujan tertinggi di Malaysia dengan hujan mencecah sehingga 5,800 milimeter (230 in) setiap tahun.

Berdekatan di Taiping

Penjara Taiping

5.0 km dari sini

Muzium Perak

5.3 km dari sini

All Saints' Church

5.4 km dari sini

Taman Tasik Taiping

6.7 km dari sini

Zoo Taiping

6.7 km dari sini

Kem Tahanan Kamunting

8.1 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.