← Mercu tanda di Taiping · Panduan bandar dan peta
Taman Tasik Taiping
Jawapan ringkas
Apakah Taman Tasik Taiping?
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.
Di manakah Taman Tasik Taiping?
Di Taiping, pada koordinat 4.8539, 100.7333.
Kisahnya
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pemimpin Hai San, iaitu Chung Keng Kwee. Apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. Pembangunan ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan. Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan terdapat 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain di dalamnya.
Berdekatan di Taiping
Zoo Taiping
0 m dari sini
All Saints' Church
1.3 km dari sini
Muzium Perak
1.5 km dari sini
Penjara Taiping
1.8 km dari sini
Kem Tahanan Kamunting
6.2 km dari sini
Bukit Larut
6.7 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.