Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta

Dataran Merdeka

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Dataran Merdeka
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Dataran Merdeka?

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor ialah sebuah dataran rumput yang terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur.

Di manakah Dataran Merdeka?

Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1477, 101.6935.

Kisahnya

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor ialah sebuah dataran rumput yang terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya dataran ini merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, Katedral St Mary's Anglican, bangunan bergaya Gotik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad inilah bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak tahun 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British yang mengadap ke arah Dataran Merdeka.

Berdekatan di Kuala Lumpur

Masjid Jamek, Kuala Lumpur

270 m dari sini

Pasar Seni

320 m dari sini

Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur

590 m dari sini

Masjid Negara

680 m dari sini

Katedral St. John, Kuala Lumpur

690 m dari sini

Muzium Kesenian Islam Malaysia

770 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.