← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta
Pasar Seni
pasar yang merupakan pusat untuk pameran kebudayaan dan kesenian di Kuala Lumpur
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Pasar Seni?
Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia.
Di manakah Pasar Seni?
Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1458, 101.6956.
Kisahnya
Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu. Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini terdapat sebuah stesen kereta api yang mana terdapat intergrasi laluan antara LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang berlaku, iaitu stesen Pasar Seni. Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan tradisional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.
Berdekatan di Kuala Lumpur
Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur
290 m dari sini
Dataran Merdeka
320 m dari sini
Masjid Jamek, Kuala Lumpur
340 m dari sini
Masjid Negara
610 m dari sini
Katedral St. John, Kuala Lumpur
610 m dari sini
Muzium Kesenian Islam Malaysia
780 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.