← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta
Masjid Negara
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Masjid Negara?
Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia yang terletak di ibu negara Kuala Lumpur.
Di manakah Masjid Negara?
Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1419, 101.6917.
Kisahnya
Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia yang terletak di ibu negara Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 sebagai tanda kesyukuran pemimpin dan rakyat atas kemerdekaan Tanah Melayu yang telah dicapai tanpa peperangan. Pembinaan masjid ini adalah atas cadangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Masjid Negara telah dirasmikan pada 27 Ogos 1965 oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Di-Pertuan Agong ketiga. Masjid Negara menjadi lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk pada waktu itu. Masjid Negara juga menjadi lambang semangat perpaduan dan toleransi rakyat kerana pembinaannya telah melibatkan semua kaum. Ini kerana selain daripada peruntukan wang kerajaan persekutuan, kos pembiayaan membina Masjid Negara turut disumbangkan oleh rakyat jelata tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Direkabentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina bersama oleh orang Cina dan India, dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu, Masjid Negara adalah salah satu simbol warisan dan perpaduan negara yang harus dipelihara.
Berdekatan di Kuala Lumpur
Muzium Kesenian Islam Malaysia
210 m dari sini
Taman Burung Kuala Lumpur
360 m dari sini
Planetarium Negara
380 m dari sini
Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur
550 m dari sini
Pasar Seni
610 m dari sini
Dataran Merdeka
680 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.