Landmark Wiki

← Mercu tanda di Seremban · Panduan bandar dan peta

Gunung Angsi

Bahasa lain: English

Gunung Angsi
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Gunung Angsi?

Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu Bendul, Kuala Pilah dan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki).

Di manakah Gunung Angsi?

Di Seremban, pada koordinat 2.6984, 102.0480.

Kisahnya

Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu Bendul, Kuala Pilah dan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian. Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh menikmati pemandangan kawasan bandar raya Seremban dan juga gunung-ganang di sepanjang ekor selatan Banjaran Titiwangsa seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan, di tambah dengan laluannya yang amat mencabar. Hutan Ulu Bendul merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, damar hitam, dan pokok mersawa.

Berdekatan di Seremban

Seremban War Memorial

12.0 km dari sini

Masjid Negeri, Negeri Sembilan

12.0 km dari sini

Seremban

12.1 km dari sini

Istana Lama Seri Menanti

12.3 km dari sini

Masjid Diraja Tuanku Munawir

12.5 km dari sini

Masjid Jamek Seremban

12.7 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.