Landmark Wiki

← Mercu tanda di Seremban · Panduan bandar dan peta

Istana Lama Seri Menanti

Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia

Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Istana Lama Seri Menanti?

Istana Seri Menanti di Seri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.

Di manakah Istana Lama Seri Menanti?

Di Seremban, pada koordinat 2.6983, 102.1592.

Kisahnya

Istana Seri Menanti di Seri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau. Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku pun. Ia dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.

Berdekatan di Seremban

Masjid Diraja Tuanku Munawir

160 m dari sini

Gunung Angsi

12.3 km dari sini

Seremban War Memorial

24.2 km dari sini

Masjid Negeri, Negeri Sembilan

24.2 km dari sini

Seremban

24.3 km dari sini

Masjid Jamek Seremban

24.8 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.