← Mercu tanda di Seremban · Panduan bandar dan peta
Seremban
ibu kota Negeri Sembilan Darul Khusus
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Seremban?
Seremban (sebutan dalam loghat tempatan: Soghomban atau Somban; Jawi: سرمبن) adalah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia.
Di manakah Seremban?
Di Seremban, pada koordinat 2.7222, 101.9417.
Kisahnya
Seremban (sebutan dalam loghat tempatan: Soghomban atau Somban; Jawi: سرمبن) adalah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Terletak dalam daerah Seremban, Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan, dan juga merupakan bandar terbesar di negeri itu. Pentadbiran bandar raya dikelolai oleh Majlis Bandaraya Seremban. Seremban merupakan bandar raya kesepuluh terbesar di Malaysia dan juga ibu negeri kelima paling ramai penduduk selepas Johor Bahru, Shah Alam, George Town dan Ipoh, dengan populasi sebanyak 681,541 orang setakat tahun 2020 (dianggarkan penduduknya seramai 944,828 orang pada 2021). Bandar raya ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Kuala Lumpur Raya, terletak kira-kira 55 kilometer (34 bt) ke selatan ibu negara Kuala Lumpur, 37 kilometer (23 bt) ke selatan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya. Sejak 2015, Seremban menjadi sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia, sebuah zon ekonomi khas yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan, merangkap bandar utama bagi seluruh koridor berkenaan.
Berdekatan di Seremban
Masjid Negeri, Negeri Sembilan
90 m dari sini
Seremban War Memorial
440 m dari sini
Masjid Jamek Seremban
1.0 km dari sini
Masjid Sri Sendayan
11.6 km dari sini
Gunung Angsi
12.1 km dari sini
Masjid Raja Alang
18.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.