Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta

Dewan Filharmonik Petronas

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Dewan Filharmonik Petronas
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Dewan Filharmonik Petronas?

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ialah dewan konsert terletak di tapak Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur yang dibina khas untuk Orkestra Filharmonik Malaysia yang mempersembahkan muzik klasikal Barat.

Di manakah Dewan Filharmonik Petronas?

Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1576, 101.7121.

Kisahnya

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ialah dewan konsert terletak di tapak Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur yang dibina khas untuk Orkestra Filharmonik Malaysia yang mempersembahkan muzik klasikal Barat. Senibinanya direka oleh César Pelli. Semenjak pembukannya, dewan ini telah menjadi tuan rumah kepada berbilang-bilang seniman dan orkestra terkemuka di dunia. DFP turut mementaskan persembahan jazz antarabangsa di samping persembahan kebudayaan muzik dan tarian tradisional Malaysia. Dewan konsert merupakan bilik berbentuk kotak barang kemas yang boleh mendudukkan 885 orang. Ruang direka bentuk agar dapat disesuaikan bagi setiap jenis muzik, daripada orkestra dengan korus hingga ke tarian Malaysia dan solo biola. Ruang konsert juga dilengkapkan dengan peralatan rakaman profesional dan diasingkan dari menara pejabat, pusat sains, dan pusat membeli belah. Ciri istimewanya ialah bumbung bergerak yang tersorok. Bumbung ini boleh menukar isi padu akustik dewan daripada 13,300 m2 buat persembahan konsert muzik kamar dan mesyuarat ke ruang lebih luas sebanyak 18,9752 bagi orkestra besar dan persembahan permainan organ.

Berdekatan di Kuala Lumpur

Menara Berkembar Petronas

50 m dari sini

Four Seasons Place Kuala Lumpur

190 m dari sini

Taman KLCC

390 m dari sini

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

430 m dari sini

Masjid Asy-Syakirin, KLCC

450 m dari sini

Aquaria KLCC

480 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.