Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta

Menara Berkembar Petronas

menara berkembar di Kuala Lumpur, Malaysia

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Menara Berkembar Petronas
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Menara Berkembar Petronas?

Menara Berkembar PETRONAS (Jawi: ‏منارا بركمبر ڤيترونس‎‎) ialah sepasang menara berkembar yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia; pasangan bangunan ini ibu pejabat syarikat carigali minyak Malaysia Petronas.

Di manakah Menara Berkembar Petronas?

Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1578, 101.7117.

Kisahnya

Menara Berkembar PETRONAS (Jawi: ‏منارا بركمبر ڤيترونس‎‎) ialah sepasang menara berkembar yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia; pasangan bangunan ini ibu pejabat syarikat carigali minyak Malaysia Petronas. Menara-menara ini dibuka secara rasmi dalam majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad sempena ulang tahun Petronas ke-25 dengan tajuk pesta perak dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1999. Menara berkembar ini merupakan mercu tanda terkenal Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asal yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996); kedudukannya sebagai bangunan tertinggi di dunia diatasi oleh Taipei 101 pada tahun 2004. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Berdekatan di Kuala Lumpur

Dewan Filharmonik Petronas

50 m dari sini

Four Seasons Place Kuala Lumpur

230 m dari sini

Taman KLCC

440 m dari sini

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

470 m dari sini

Masjid Asy-Syakirin, KLCC

490 m dari sini

Aquaria KLCC

510 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.