← Mercu tanda di Baitulmuqaddis · Panduan bandar dan peta
Tembok Meratap
Ibu Negara Palestin
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Español
Jawapan ringkas
Apakah Tembok Meratap?
Tembok Meratap atau Tembok Barat (Ibrani: הכותל המערבי, translit.
Di manakah Tembok Meratap?
Di Baitulmuqaddis, pada koordinat 31.7765, 35.2337.
Kisahnya
Tembok Meratap atau Tembok Barat (Ibrani: הכותל המערבי, translit.: HaKotel HaMa'aravi) (Arab: حائط البراق, translit.: Haa-et Al-Buraaq) ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmaqdis yang dibangunkan oleh Raja Salomo (Nabi Sulaiman a.s.), putera Nabi Daud. Bait Suci itu hancur ketika Palestin diserbu tentara Rom pada tahun 70 Masihi. Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah berdiam "Shekhinah" (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi). Jadi, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan. Tembok ini dulunya dikenal hanya sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut "Tembok Ratapan" kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.
Berdekatan di Baitulmuqaddis
Western Wall
80 m dari sini
Institut Bait Kudus
120 m dari sini
Musala al-Qibli
210 m dari sini
Kuil Suci
230 m dari sini
Kubah al-Sakhrah
240 m dari sini
Kuil Kedua
240 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.