Landmark Wiki

← Mercu tanda di Baitulmuqaddis · Panduan bandar dan peta

Musala al-Qibli

Dewan solat utama di dalam kawasan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Musala al-Qibli
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Musala al-Qibli?

Musala al-Qibli (Arab: المصلى القِبْلي, bahasa Inggeris: Qibli Chapel) atau Jamik al-Qibli (Arab: الجامع القِبْلي) atau Masjid al-Qibli (Arab: المسجد القبلي) ialah salah satu bangunan utama yang terdapat dalam kompleks Masjid al-Aqsa bahagian selatan dengan ciri khas kubah timahnya yang berwarna kelabu.

Di manakah Musala al-Qibli?

Di Baitulmuqaddis, pada koordinat 31.7761, 35.2358.

Kisahnya

Musala al-Qibli (Arab: المصلى القِبْلي, bahasa Inggeris: Qibli Chapel) atau Jamik al-Qibli (Arab: الجامع القِبْلي) atau Masjid al-Qibli (Arab: المسجد القبلي) ialah salah satu bangunan utama yang terdapat dalam kompleks Masjid al-Aqsa bahagian selatan dengan ciri khas kubah timahnya yang berwarna kelabu. Musala al-Qibli juga sering dipanggil sebagai Masjid al-Aqsa itu sendiri, walaupun Masjid al-Aqsa juga merujuk kepada keseluruhan kompleks yang di dalamnya terdapat beberapa bangunan penting; seperti Musala al-Qibli itu sendiri, Kubah Al-Sakhrah, Musala Al-Marwani, Kubah Al-Mikraj, Kubah Al-Silsilah, Kubah Al-Nabi, dan bangunan-bangunan lainnya. Musala al-Qibli kali pertama dibangun pada zaman Umar Al-Khattab, meskipun beberapa pendapat menyatakan bahawa masjid ini dibangun pada zaman Khilafah Umaiyah. Setelah gempa bumi tahun 746, masjid ini hancur seluruhnya dan dibangun semula oleh khalifah Abbasiyah Al-Mansur pada tahun 754, dan dikembangkan lagi oleh penggantinya Al-Mahdi pada tahun 780.

Berdekatan di Baitulmuqaddis

Western Wall

140 m dari sini

Kuil Suci

190 m dari sini

Tembok Meratap

210 m dari sini

Kubah al-Sakhrah

210 m dari sini

Kuil Kedua

230 m dari sini

Institut Bait Kudus

270 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.