← Mercu tanda di Baitulmuqaddis · Panduan bandar dan peta
Institut Bait Kudus
Institusi Yahudi yang memfokuskan kepada pembinaan semula Bait Kudus
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Institut Bait Kudus?
Institut Bait Kudus (Bahasa Inggeris: The Temple Institute; Bahasa Ibrani: מכון המקדש) ialah sebuah institusi yang merangkumi muzium, pusat penyelidikan, dan pendidikan yang terletak di Kota Lama Baitulmaqdis, Palestin.
Di manakah Institut Bait Kudus?
Di Baitulmuqaddis, pada koordinat 31.7755, 35.2331.
Kisahnya
Institut Bait Kudus (Bahasa Inggeris: The Temple Institute; Bahasa Ibrani: מכון המקדש) ialah sebuah institusi yang merangkumi muzium, pusat penyelidikan, dan pendidikan yang terletak di Kota Lama Baitulmaqdis, Palestin. Institusi ini berfokus kepada pembinaan semula Bait Kudus Ketiga di kawasan Bukit Kuil — tapak yang kini diduduki oleh Kubah al-Sakhrah. Matlamat jangka panjang institut ini termasuk menghidupkan semula amalan korbanot dan ritual lain yang dinyatakan dalam Alkitab Ibrani serta Halakha (undang-undang agama Yahudi). Untuk mencapai tujuan ini, institut ini menjalankan kajian tentang struktur dan ritual Bait Kudus terdahulu serta membangunkan objek ritual, pakaian, dan pelan pembinaan yang bersedia digunakan jika keadaan membenarkan pembinaan semula Bait Kudus. Institut ini juga mengendalikan sebuah muzium di kawasan orang Yahudi di Kota Lama Baitulmaqdis. Institut ini diasaskan pada tahun 1987 oleh Rabbi Yisrael Ariel, dengan Dovid Shvartz sebagai pengarah semasa. Ia juga disokong oleh bilionair Amerika, Henry Swieca, dan kerajaan Israel yang memberikan bantuan kewangan melalui kementerian pendidikan dan kebudayaan.
Berdekatan di Baitulmuqaddis
Tembok Meratap
120 m dari sini
Western Wall
190 m dari sini
Aelia Capitolina
200 m dari sini
Musala al-Qibli
270 m dari sini
Kota Daud
310 m dari sini
Kuil Suci
350 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.