← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta
Taman Burung Kuala Lumpur
Jawapan ringkas
Apakah Taman Burung Kuala Lumpur?
Taman Burung Kuala Lumpur ialah sebuah taman burung terletak berhampiran dengan Tasik Perdana di Kuala Lumpur negara Malaysia.
Di manakah Taman Burung Kuala Lumpur?
Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1424, 101.6885.
Kisahnya
Taman Burung Kuala Lumpur ialah sebuah taman burung terletak berhampiran dengan Tasik Perdana di Kuala Lumpur negara Malaysia. Ia berukuran 20.9 ekar (8.5 ha). Ia terletak Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain. Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pencinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar. Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 3,000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi.
Berdekatan di Kuala Lumpur
Muzium Kesenian Islam Malaysia
160 m dari sini
Planetarium Negara
340 m dari sini
Masjid Negara
360 m dari sini
Taman Tasik Perdana
430 m dari sini
Muzium Negara Malaysia
550 m dari sini
Dataran Merdeka
810 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.